Bicara Kes Najib: RM42 juta SRC International, Dana Jaminan Kerajaan dan Belian di Butik Chanel




Kuala Lumpur: Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba, perbicaraan kes, Najib Razak. Penjilat Najib sibuk sangat mencanang kononnya PH takut nak dakwa Bossku, padahal Najib yang mintak tangguh.

Hari pertama perbicaraan, pihak pendakwaan akan membuktikan Najib telah menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mendapatkan bagi dirinya suapan sebanyak RM42 juta.

Dalam pernyataan pembukaan, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pendakwaan akan membuktikan bahawa Najib terlibat secara langsung dalam keputusan pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion yang diterima oleh SRC International Sdn. Bhd. daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Selain itu, nilai suapan yang diterima oleh SRC International itu kemudiannya akan disalurkan kepada syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd (milik penuh SRC International) and Ihsan Perdana Sdn Bhd (dilantik sebagai syarikat yang menjalankan CSR untuk SRC International).

"Tertuduh sepanjang tempoh menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri yang kesalahan itu dilakukan juga serentak ketika memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, dengan itu menggabungkan kuasa politik maksimum dan mengawal kewangan negara.

"Tidak cukup dengan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tertuduh juga dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Penasihat Emeritus dalam anak syarikatnya, SRC International Sdn. Bhd.," kata beliau.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan di sini dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 10 Februari 2015.

Pada December 2014, kad kredit AmIslamic Bank Berhad milik Najib menunjukkan sejumlah US$130,625 telah dibelanjakan di butik mewah jenama Chanel, di Honolulu.

Najib yang merupakan Perdana Menteri Malaysia keenam, adalah Perdana Menteri pertama berada dalami kandang tertuduh selepas dia diheret ke mahkamah.

Najib kini seolah-olah didewakan berikutan pengikutnya mendakwa lebih rela dirompak jutaan ringgit dari kononnya ditipu kerajaan PH.



Post a Comment

0 Comments